WhatsApp kini hadir dengan lebih banyak ciri menarik yang memfokuskan kepada ‘Status’, memberikan pengguna lebih banyak pilihan dan lebih kreatif dalam memuat naik status.
Antara ciri baru yang dibawakan oleh WhatsApp adalah seperti Layout, Intergrasi muzik yang lebih luas, Photo stickers dan Add yours. Untuk Layout, pengguna kini boleh menyunting dan mengabungkan sehingga 6 gambar mengikut gaya dan citarasa sendiri. Sokongan muzik kini lebih luas, pengguna kini boleh memuat naik status berbentuk teks dengan lagu latar atau menambah pelekat muzik mengikut suasana.

Untuk Photo stickers pula, pengguna kini boleh menukar foto menjadi pelekat. Lebih menarik, pengguna turut boleh mengubah saiz atau kedudukan secara terus dalam kemas kini status. Add yours, membolehkan pengguna membalas status dengan menggunakan template pelekat yang sama. Status yang dibalas boleh dikongsikan semula pada status sendiri.

Ciri ini akan ditawarkan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna tidak lama lagi. WhatsApp turut menyatakan lebih banyak ciri menarik akan diumumkan pada masa depan.