vivo memperkenalkan dua peranti baru untuk pasaran China iaitu S30 dan S30 Pro mini. Kedua-dua peranti ini hadir dengan pakej yang menarik dan dimuatkan dengan kapasiti bateri 6500mAh.

Untuk vivo S30, ia dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto dengan 3x zum optik + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

Sementara vivo S30 Pro mini ia hadir dengan skrin AMOLED LTPO bersaiz 6.31-inci dengan paparan120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9300+ yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto dengan 3x zum optik + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi OriginOS 5 berasaskan Android 15. Untuk penarafan, S30 menyokong penarafan IP64 manakalan S30 Pro mini pula menyokong penarafan IP69.
Untuk pasaran China, vivo S30 dijual pada harga bermula sekitar CNY2699 (RM1590) sementara vivo S30 Pro mini dijual pada harga bermula sekitar CNY3499 (RM2061).