Close

Nothing mungkin buang LED Glyph pada Phone (3) – Ganti dengan paparan ‘dot matrix’?

Lampu ikonik Nothing iaitu LED Glyph mungkin akan dibuang dan tidak akan digunakan pada Phone (3).

Perkara tersebut dikongsi oleh Nothing melalui platform X dengan menyatakan “We killed the Glyph Interface”. Perkongsian video yang berdurasi 9 saat itu memperlihatkan lampu LED Glyph dari Phone (1) berkelip sebelum terpadam sepenuhnya.

Video tersebut secara jelas menyatakan Phone (3) tidak akan hadir dengan lampu LED Glyph yang sinonim pada peranti dari Nothing. Namun begitu, terdapat beberapa spekulasi menyatakan Nothing mungkin akan menggantikan Glyph dengan paparan jenis ‘dot matrix’ yang lebih interaktif.

Walau bagaimanapun, perubahan tersebut hanyalah spekulasi namun menarik untuk dilihat. Buat masa ini, Nothing belum lagi mendedahkan sebarang makluamt mengenai perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN