Close

Spesifikasi Xiaomi 16 tertiris – Guna cip Snapdragon 8 Elite 2?

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Xiaomi 16 tidak lama lagi. Biarpun tarikh pelancaran belum lagi diumumkan namun telah ada beberapa laporan mendedahkan maklumat mengenai peranti ini.

Terbaru, Xiaomi 16 dikatakan akan hadir dengan cip andalan terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite 2. Buat masa ini, cip tersebut belum lagi diperkenalkan, dan dijangka akan diumumkan pada September 2025 melalui acara Snapdragon Summit.

Sekiranya laporan ini tepat, Xiaomi 16 akan menjadi peranti pertama yang akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite 2. Bukan itu sahaja, Xiaomi 16 dijangka akan turut hadir dengan beberapa peningkatan seperti kemampuan kamera yang lebih baik, kapasiti bateri yang lebih besar dan menjalankan HyperOS 3.0 berasaskan Android 16.

Laporan tersebut turut menyatakan, Xiaomi 16 Pro tidak akan ditawarkan untuk pasaran global seperti mana Xiaomi 15 Pro. Walau bagaimanapun, semua maklumat ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN