Close

Spesifikasi Motorola Razr Flex tertiris

Spesifikasi fon lipat baru dari Motorola iaitu Razr Flex telahpun tertiris biarpun peranti tersebut belum lagi diumumkan secara rasmi.

Motorola Razr Flex dikatakan hadir dengan rekaan jenis lebar seperti buku dan telahpun menerima pensijilan daripada Wireless Power Consortium (WPC). Melalui pensijilan tersebut, ia mendedahkan peranti ini menyokong pengecasan tanpa wayar melalui Extended Power Profile (EPP) dengan kuasa maksimum 15W. Sokongan ini lebih rendah berbanding 25W yang dilaporkan sebelum ini.

Untuk spesifikasi lain, Razr Flex dijangka hadir dengan skrin utama 6.92-inci dengan paparan 165Hz dan skrin luar bersaiz 4.97-inci. Untuk cip, ia berkemungkinan hadir dengan cip SM8845 Pro, belum lagi diumumkan. Dari segi kapasiti bateri, ia akan dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh.

Laporan sebelum ini, mendedahkan Motorola Razr Flex dijangka tiba pada Disember, namun jika merujuk kepada laman rasmi Motorola peranti ini mungkin diperkenalkan pada 2027. Buat masa ini, Motorola masih belum mengesahkan tarikh pelancaran rasmi atau spesifikasi penuh peranti tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN