HONOR Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka iaitu Magic9 Pro Max. Satu-satunya model yang ditawarkan ke pasaran tempatan dan model pertama yang menggunakan nama ‘Pro Max’ dalam siri Magic.

HONOR Magic9 Pro Max hadir dengan skrin LPTO OLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 EIite Extreme Gen 6 yang dibangunkan dengan teknologi binaan 2nm. Untuk konfigurasi memori, ia hadir dalam satu pilihan varian sahaja iaitu 12GB dan storan dalaman 512GB.

Perkara paling menarik mengenai Magic Pro Max adalah pada bahagian sistem kameranya. Peranti ini menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 200MP Periskop Telefoto + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 55MP. Kemampuan kamera peranti ini dibantu dengan sistem imej dari ARRI, jenama kamera digital dari Jerman.

Antara ciri yang ditawarkan seperti format ARRI LogC3 untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti ketika melakukan colour grading Terdapat juga mod ARRI Movie Live yang merakam dalam nisbah sinematik 2.39:1. Untuk kapasiti bateri, ia dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Selain itu, peranti ini menyokong penarafan IP68, IP69 dan IP69K serta menjalankan MagicOS 11 yang berasaskan Android 17. HONOR Magic9 Pro Max ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Shadow Black, Glacier Silver dan Moss Green.


Di Malaysia, HONOR Magic9 Pro Max ditawarkan pada harga RM5999 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 24 November hingga 3 Disember 2026 dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai sehingga RM4009.