Close

vivo Pad5 diumumkan – Guna cip Dimensity 9300+ dengan bateri 10,000mAH

vivo secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka iaitu vivo Pad5 di China. Tablet ini dibina dengan asas yang sama seperti vivo Pad3 namun dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.

vivo Pad5 hadir dengan skrin LCD bersaiz 12.1-inci dengan resolusi 2.8K dan nisbah aspek 16:10. Turut menyokong paparan 144Hz dengan kecerahan puncak 900 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9300+ yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk fotografi, vivo Pad5 hadir dengan kamera tunggal belakang dengan sensor 8MP dan swafoto 8MP. Kemampuan kamera ini cukup baik untuk panggilan video dan penggunaan harian. Dimuatkan dengan bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti sokongan WiFi 7, Bluetooh 5.4, NFC dan menjalankan sistem operasi OriginOS 5 berasaskan Android 15. Tablet ini turut dilengkapi dengan sistem penyejukan untuk memastikan suhu kekal optimum.

Di China, vivo Pad5 dijual pada harga bermula sekitar CNY2399 (RM1412) untuk model asas. Tidak dapat dipastikan adakah model ini ditawarkan secara global atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN