Close

Nintendo Switch 2 dijangka tiba di Malaysia pada Julai-September 2025

Konsol mudah alih terbaru dari Nintendo iaitu Switch 2 telahpun diperkenalkan secara rasmi. Tampil dengan pelbagai peningkatan menarik seperti rekaan, spesifikasi dan fungsi baru.

Namun begitu, perkara yang menjadi persoalan semestinya mengenai ketersediaan konsol ini di pasaran tempatan. Nintendo melalui laman rasmi mereka menyatakan konsol ini akan ditawarkan secara rasmi ke ke pasaran tempatan pada Julai-September 2025.

Konsol ini akan turut ditawarkan melalui perkhidmatan atas talian seperti Nintendo Switch Online dan Nintendo eShop. Selain Malaysia, konsol ini akan turut tersedia di Singapura, Thailand dan juga Filipina.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat mengenai harga jualan untuk pasaran tempatan. Maklumat tersebut dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. Sebagai rekod, di Amerika Syarikat, Nintendo Switch 2 dijual pada harga sekitar $449.99 (RM1999).

ARTIKEL BERKAITAN