Apple telahpun mengumumkan sistem operasi baru mereka iaitu iOS 26. Sistem operasi ini tampil dengan pelbagai peningkatan menarik seperti antara muka baru, ciri yang ditambah baik, aplikasi baru dan sokongan Apple Intelligence yang lebih pintar.

Seiring dengan pengumuman ini, Apple turut mengumumkan senarai iPhone yang menyokong sistem operasi mereka yang seterusnya. Melalui perkongsian tersebut, terdapat 25 model yang di senarai menyokong kemas kini iOS 26 bermula dari iPhone SE ke-2 ke atas, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13, siri iPhone 14, siri iPhone 15 dan siri iPhone 16.

Buat masa ini, Apple telahpun melepaskan iOS 26 versi Developer Beta 1 khas untuk pembangun. Versi beta untuk pengguna dijangka akan tiba sekitar Julai dan versi stabil pula berkemungkinan tiba sekitar September atau Oktober ini.