Close

RedMagic Tablet 3 Pro diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Elite dengan skrin OLED 165Hz

nubia secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka iaitu RedMagic Tablet 3 Pro. Tampil dengan spesifikasi yang berkuasa yang memfokuskan kepada permainan.

RedMagic Tablet 3 Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 9.06-inci dengan paparan 165Hz dan menyokong kecerahan puncak 1600 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang digabungkan dengan 24GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan kamera belakang 13MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 8200mAh yang menyokong pengecasan 80W, mampu mengecas dari 50% hanya dalam masa 20 minit. Tablet ini turut hadir dengan sistem penyejuk ICE 3.0 yang membantu untuk mengawal suhu untuk penggunaan yang lebih stabil. Tidak ketinggalan, tablet ini turut mempunyai lampu RGB pada bahagian belakang.

RedMagic Tablet 3 Pro turut menyokong PC emulator secara terbina sekaligus membolehkan pengguna bermain permainan AAA. Antara spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah WiFi 7, pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooth 5.4, USB-C 3.2 Gen 2 dan menjalankan sistem operasi RedMagic OS 10.5.

Di China, RedMagic Tablet Pro 3 dijual pada harga bermula sekitar CNY4000 (RM2752) dan mencecah sehingga CNY6000 (RM4132).

ARTIKEL BERKAITAN