vivo telah menjadualkan acara pelacaran fon lipat mereka yang seterusnya X Fold5 pada 25 Jun ini. Acara pelancaran ini akan berlangsung di China.

vivo X Fold5 dijangka akan menjadi fon lipat paling ringan dan nipis di dunia dengan berat sekitar 209gram dan tebal 5mm apabila dibuka. Dari segi rekaan, tiada perubahan ketara dari model sebelumnya namun terdapat butang fizikal baru yang diletakkan di sebelah kiri, pengganti kepada mute switch.

Untuk spesifikasi, vivo X Fold5 akan hadir dengan skrin luar bersaiz 6.53-inci dan skrin dalaman bersaiz 8.03-inci. Kedua-dua skrin menggunakan teknologi AMOLED LTPO 8T dengan kecerahan puncak 4500 nits.

Peranti ini menyokong dua penarafan iaitu IPX9 untuk ketahanan air dan IPX5 untuk ketahanan debu. Dari segi fotografi, ia dijangka hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan teknologi dari Zeiss. Malangnya, tiada maklumat mengenai sensor kamera yang digunakan.

Apa yang menarik, vivo X Fold5 akan menjadi peranti Android pertama yang akan menyokong Apple Watch sepenuhnya. Bermaksud, peranti ini boleh diintergrasikan dengan ekosistem dari Apple. Sekaligus, boleh menerima notifikasi, melakukan panggilan fon dan sebagainya. Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.