Close

WhatsApp uji fungsi baru – Pilih kualiti muat turun untuk gambar dan video

WhatsApp bakal memperkenalkan satu lagi fungsi baru yang membolehkan pengguna untuk memilih kualiti muat turun untuk gambar dan video.

Secara asasnya, fungsi ini mirip seperti mana muat naik yang membolehkan pengguna memilih kualiti gambar atau video yang ingin dihantar. Fungsi ini menawarkan dua pilihan kualiti iaitu Standard Quality dan HD Quality.

Untuk Standard Quality, saiz gambar atau video yang dimuat turun akan dimampatkan menjadi lebih kecil. Manakala untuk HD Quality, saiz gambar atau media yang dimuat turun lebih besar untuk mengekalkan resolusi dan perinciannya. Selain itu, Standard Quality menawarkan muat turun lebih pantas dan jimat storan berlawanan dengan HD Quality.

Namun begitu, pengguna perlu menetapkan kualiti media yang dimahukan terlebih dahalu, seterusnya gambar dan video akan dimuat turun mengikut tetapan secara automatik.

Fungsi ini masih lagi dalam fasa ujian, tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tersedia untuk semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN