Peranti baru realme iaitu C71 kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Merupakan peranti kelas permulaan dengan ketahanan bateri sehingga 2 hari dengan hanya mengecas selama 1 jam sahaja.

realme C71 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67 dengan resolusi HD+ yang menyokong paparan 120Hz. Dikuaskan dengan cip UNISOC T7250 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Dimuatkan dengan bateri sebesar 6300mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Turut menyokong ciri pengecasan berbalik atau reverse charging pada kelajuan 6W yang boleh digunakan untuk mengecas peranti lain. Bukan itu sahaja, peranti ini turut dilengkapi dengan ciri Pulse Light, digunakan untuk notifikasi dan juga status pengecasan.
Untuk fotografi, realme C71 dilengkapi dengan kamera 50MP AI dan swafoto 13MP. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audi 3.5mm, WiFi 5, Bluetooth 5.2 dan menjalankan realme UI 6 berasaskan Android 15.

realme C71 dijual pada harga RM499 untuk 6GB + 128GB. Peranti akan mula dijual bermula 13 Jun hingga 12 Julai 2025, hadir dengan tawaran menarik dengan setipa pembelian akan menerima pelindung skrin percuma serta jaminan tambahan selama 1 tahun (RM169).