Close

Siri Google Pixel 10 mungkin akan menyokong pengecasan magnetik ‘Pixelsnap’

Siri Google Pixel 10 berkemungkinan akan menyokong pengecasan jenis magnetik selepas peranti tersebut dikatakan menyokong piawaian pengecasan tanpa wayar Qi 2.2.

Teknologi pengecasan tanpa wayar Qi 2.2 hadir dengan ciri magnet terbina pada peranti sekaligus menjadikan peranti ini menyokong pengecasan magnetik, seperti mana yang ditawarkan oleh Apple pada iPhone.

Selain itu, teknologi ini menjadikan pengecasan tanpa wayar lebih selamat dan juga stabil. Laporan lain pula mendedahkan, Google telahpun mendaftar tanda dagangan baru iaitu ‘Pixelsnap’ untuk barisan aksesori magnetik yang akan ditawarkan.

Google dijangka akan menawarkan 3 aksesori untuk Pixelsnap iaitu Pixelsnap Charger, Pixelsnap Charger with Stand dan juga Pixelsnap Ring Stand. Selain itu, Google juga dikatakan sedang membangunkan ciri baru ‘Hub Mode’ yang membolehkan peranti digunakan sebagai smart display semasa mengecas.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN