realme Malaysia telah mengesahkan ketibaan siri P ke pasaran tempatan. Melaluinya, realme akan memperkenalkan P3 Ultra sekaligus menjadikan ia siri P pertama yang ditawarkan di Malaysia.

realme P3 Ultra hadir dengan pakej yang menarik dari segi spesifikasi dan juga rekaan. Tampil dengan skrin AMOLED dengan resolusi 1.5K yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1500 nits.

Peranti ini hadir dengan kemasan panel belakang yang unik yang diinspirasikan dari permukaan bulan. Kemasan ini dipanggil sebagai Glowing Lunar Design dan terdapat tekstur seakan tanah yang dihasikan melalui teknik ukiran.

Peranti ini dikuasakan dengan cip Dimensity 8350 Ultra dengan skor Antutu melebihi 1.45 juta. Untuk fotografi, ia menggunakan sensor 50MP yang menyokong rakaman sehingga 4K 60fps. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 80W.

realme P3 Ultra akan mula dijual pada 16 Jun 2025, ditawarkan secara eksklusif dalam talian melalui Shopee, Lazada dan TikTok. Buat masa ini, harga jualan dan konfigurasi memori masih lagi menjadi rahsia. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.