HUAWEI secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Pura 80. Hadir dengan 4 pilihan model iaitu Pura 80, Pura 80 Pro, Pura 80 Pro+ dan Pura 80 Ultra. Namun begitu, HUAWEI tidak mendedahkan cip yang digunakan pada siri Pura 80.

HUAWEI Pura 80 merupakan model paling asas, tampil dengan skrin LTPO OLED jenis rata bersaiz 6.6-inci dengan paparan 120Hz dan dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua. Hadir dengan konfigurasi 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Telefoto Periskop + 13MP Ultra Lebar + 1.5MP Sensor Spektrum dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

HUAWEI Pura 80 Pro dan Pura 80 Pro+ berkongsi speksifikasi yang sama cuma dibezakan dengan konfigurasi memori. Untuk Pura 80 Pro ditawarkan dengan 12GB RAM sementara Pura 80 Pro+ pula menyokong 16GB RAM, storan dalaman sehingga 1TB bagi kedua-dua model.

Menggunakan skrin LTPO OLED jenis melengkung bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz dan dilindungi dnegan Kunlun Glass generasi kedua. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor 50MP 1-inci RYYB + 48MP Telefoto + 40MP Ultra Lebar + 1.5MP Spektrum dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5700mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Model paling premium iaitu HUAWEI Pura 80 Ultra, hadir dengan LTPO OLED jenis melengkung bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz dan dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua. Hadir dengan konfigurasi 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Berbeza dengan siri HUAWEI Pura 80 yang lain, Pura 80 Ultra menggunakan sistem kamera yang unik dengan lensa periskop menyokong teknologi dual-lens shifting system. Kamera utama menggunakan 50MP 1-inci + 40MP Ultra Lebar,50MP Telefoto Periskop + 12.5MP Telefoto Periskop 12.5MP + 1.5MP Spektra dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5700mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.
Selain itu, semua model turut hadir dengan sokongan WiFi 7, penarafan IP68/IP69, komunikasi satelit, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 5.1.



Di China, Siri HUAWEI Pura 80 dijual padah harga bermula sekitar CNY6500 (RM3833) dan mencapai sehingga CNY10c,999 (RM6473). Buat masa ini, tiada maklumat mengenai ketibaan peranti ini ke pasaran global.