Tablet premium dari Huawei iaitu MatePad Pro 12.2-inci 2025 kini boleh mula dibeli di semua pengedar rasmi HUAWEI Malaysia. Hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi spesifikasi, rekaan dan juga ciri yang lebih baik.

Tablet ini hadir dengan skrin Tandem OLED PaperMatte bersaiz 12.2-inci dengan resolusi 2.8K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 2000 nits. Teknologi skrin ini mengurangkan silau pada skrin. Selain itu, tablet ini mempunyai penarafan SGS serta TÜV Rheinland yang mengurangkan keletihan mata.

Tablet hadir dengan konfigurasi memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 8MP. Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang mampu bertahan sehingga 14 jam penggunaan.

Menurut HUAWEI, tablet mampu ini menawarkan pengalaman seperti komputer riba melalui papan kekunci penuh dengan touchpad terbina dan juga sokongan penuh WPS Office Suite versi PC. Bukan itu sahaja, tablet ini turut menyokong teknologi NearLink untuk sambungan yang pantas dan stabil.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada tablet ini adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, pembesar suara dengan HUAWEI Sound, Bluetooth 5.3, WiFi 7 dan menjalankan sistem operasi Harmony OS.

Di Malaysia, HUAWEI MatePad Pro 12.2-inci dijual pada harga RM3599. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma HUAWEI Backpack , HUAWEI Sound Joy 2, HUAWEI M-Pencil, HUAWEI Mouse Bluetooth dan PC Level WPS bernilai RM2045.