Close

Sony hentikan sementara jualan Xperia 1 VII di Jepun, Hong Kong, Singapura dan Taiwan

Sony dilaporkan telah menghentikan sementara penjualan dan penghantaran peranti andalan mereka iaitu Xperia 1 VII di Jepun, Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

Keputusan tersebut dibuat selepas terdapat banyak laporan menyatakan peranti mereka mati secara tiba-tiba, terpadam sendiri atau langsung tidak boleh dihidupkan. Sony telahpun memulakan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut.

Kemas kini perisian terbaru mungkin dapat menyelesaikan masalah tersebut, namun dalam masa yang sama tiada kepastian adakah isu ini berpunca daripada perisian atau pada perkakasan yang digunakan.

Xperi 1 VII telahpun diperkenalkan pada Mei yang lalu tampil dengan peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa namun kekal dengan rekaan yang sama seperti model sebelumnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN