HONOR secara rasmi memperkenalkan X70 di China. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan dan jangka hayat bateri yang lebih panjang.

HONOR X70 hadir dengan tiga sijil penarafan iaitu IP66, IP68 dan IP69K mejadikan peranti ini kalis habuk dan mampu bertahan di dalam air dan juga tahan terhadap pancutan air bertekanan tinggi. Peranti ini hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.79-inci dengan resolusi 1.5K dan paparan 120Hz.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 8MP.

Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 8300mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar. Peranti ini turut menyokong pengecasan 80W tanpa wayar namun hanya tersedia untuk varian 512GB sahaja. Walaupun dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar peranti ini hanya setebal 7.76mm dan seberat 199gram sahaja.

Spesifikasi lain yang turut tersedia seperti pengimbas cap jari dalam skrin, IR Blaster, pembesar suara stereo, NFC, WiFi 6 dan Bluetooth 5.3. Di China, peranti ini dijual pada harga bermula CNY1399 (RM829).