Close

Samsung adakan pameran eksklusif ‘Galaxy Unfold Roadshow’ di Pavilion, Kuala Lumpur – Bermula 16 hingga 20 Julai 2025

Berita gembira untuk pengguna Samsung di Malaysia, Samsung ketika ini sedang melakukan pameran eksklusif di Pavilion, Bukit Bintang dari 16 hingga 20 Julai 2025.

Pamera eksklusif ini dinamakan sebagai ‘Galaxy Unfold Roadshow’ bersempena dengan pelancaran rasmi Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 di Malaysia. Bukan itu sahaja, pameran ini menggabungkan teknologi dan gaya hidup.

Pengguna berpeluang melihat dan merasai sendiri teknologi baru dari Samsung. Terdapat booth pameran khas yang membolehkan pengguna mengetahui lebih mendalam mengenai ciri menarik pada peranti Galaxy seperti SmarThings AI, AI Health dan AI-Powered Productivy.

Selain Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7, pamera ini turut memperlihatkan Galaxy Z Flip7 FE dan Samsung siri Galaxy Watch8. Lebih menarik, pelbagai hadiah eksklusif merangkumi diskaun dan rebat akan ditawarkan pada pelanggan yang membuat tempahan di lokasi.

Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan dari 9 hingga 31 Julai 2025 akan menikmati pelbagai ganjaran seperti naik taraf storan bernilai RM600, rebat kad CIMB sehingga RM400 dan aksesori percuma. Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi Samsung Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN