HONOR mungkin akan memperkenalkan tiga pilihan model pada siri Magic8, termasuklah model baru iaitu Magic8 mini.

HONOR Magic8 mini akan menjadi model baru dalam siri Magic8, menawarkan rekaan yang lebih kompak dengan spesifikasi setaraf peranti andalan. Menurut laporan, Magic8 mini akan hadir dengan skrin AMOLED LTPO bersaiz 6.31-inci. Menariknya, ia hadir dengan rekaan skrin jenis rata dengan bezel yang nipis.
Berbeza dengan Magic8 dan Magic8 Pro yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite 2. Magic8 mini berkemungkinan akan menggunakan cip dari MediaTek iaitu Dimensity 9500. Selain itu, Magic8 mini akan dilengkapi dengan bateri 7000mAh dan menyokong sensor 200MP untuk telefoto.
HONOR Magic8 mini akan menjadi pencabar kepada vivo X200 FE dan juga OnePlus 13s. Laporan turut mendedahkan yang Siri HONOR Magic8 dijangka akan diperkenalkan pada Oktober.