Aplikasi MAE kini membolehkan pengguna menukar atau mengubah had pemindahan wang terus melaluinya.
Sokongan penukaran had melalui aplikasi MAE ini dilihatkan akan lebih memudahkan pengguna dalam urusan perbankan. Selain itu, pengguna masih mempunyai pilihan untuk menggunakan laman Maybank2u bagi menukar atau mengubah had pemindahan.
Seiring dengan itu, Maybank turut berkongsi cara untuk menukar had melalui Aplikasi MAE. Cara menukar had pemindahan di aplikasi MAE:
- Log masuk ke aplikasi MAE dan tekan ‘Settings’
- Pergi ke ‘Pay & Transfer’, pilih ‘Transfer’ dan pilih ‘Transfer Limit’
- Pilih pemindahan yang ingin anda tukar
- Tetapkan had harian baru anda dari menu pilihan
- Tekan ‘Save Changes’ dan sahkan dengan Secure2u
Setiap perubahan atau penukaran had pemindahan akan melalui tempoh bertenang selama 12 jam. Dalam masa yang sama, Maybank turut menasihatkan pengguna untuk menyemak had harian secara berkala dan menaikkannya hanya jika perlu.