Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan label ‘AI Generated’ pada kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI).
Menteri Komunikasi iaitu Datuk Fahmi Fadzil, menyatakan langkah tersebut adalah penting bagi menangani penyalahgunaan AI terutamanya dalam platform media sosial yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti penipuan, penyaraman identiti dan sebagainya.

Perkara tersebut dijangka akan dikuat-kuasakan pada penghujung tahun ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024. Ketika ini, beberapa platform media sosial telahpun melakukan pelabelan kandungan AI secara sukarela dan inisiatif tersebut dijangka akan diperluaskan ke peringkat serantau dalam kalangan negara ASEAN.
Selain itu, beliau turut menyatakan perbincangan aktif untuk perkara tesebuat sedang dijalankan, termasuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Telekomunikasi Antaranbangsa (ITU).