Fon lipat paling nipis di dunia ketika ini iaitu HONOR Magic V5, kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Tidak hanya tampil dengan rekaan yang lebih nipis ia juga hadir dengan spesifikasi yang menarik dan berkuasa.

Magic V5 tampil dengan rekaan yang lebih nipis iaitu 8.8mm apabila dilipat dan 4.1mm apabila dibuka. Dari segi berat, Magic V5 hanya seberat 217 gram sahaja sebagai perbandingan berat untuk Magic V3 adalah 222 gram. Selain itu, ia kini menggunakan bingkai jenis rata untuk memberikan genggaman yang lebih baik dan selesa.

Menggunakan skrin luar bersaiz 6.43-inci OLED LTPO dan skrin dalaman bersaiz 7.95-inci OLED LTPO. Untuk skrin luar, ia dilindungi dengan Anti-scratch NanoCrystal Shield manakala untuk skrin dalaman ia dilindungi dengan Super Armored Inner Screen. Selain itu, kedua-dua skrin menyokong paparan 120Hz dan Dolby Vision.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. HONOR Magic V5 dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 5820mAh yang menggunakan teknologi bateri karbon silikon. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 64MP Telefoto. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 20MP yang diletakkan pada skrin luar dan skrin dalam.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah pengimbas cap jari pada butang kuasa, penarafan IP58/IP59, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan Magic OS 9.0.1 berasaskan Android 15.


Di Malaysia, HONOR Magic V5 dijual pada harga RM6999 untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 15 sehingga 24 Julai 2025. Setiap pra-tempah akan menerima hadiah percuma bernilai RM3497.