Close

Samsung Galaxy S26+ mungkin tidak akan diperkenalkan

Samsung berkemungkinan tidak akan memperkenalkan model Plus dalam siri Galaxy S26 yang dijangka akan diperkenalkan sekitar Januari tahun depan.

Menurut laporan, model Galaxy S26+ tidak akan diperkenalkan dalam siri Galaxy S26 seperti kebiasaan. Sebaliknya, hanya tiga model yang akan diperkenalkan iaitu Galaxy S26, Galaxy S26 Edge dan Galaxy S26 Ultra.

Untuk Galaxy S26 ia hadir dengan skrin bersaiz 6.27-inci manakala Galaxy S26 Edge pula menggunakan skrin bersaiz 6.66-inci. Model paling premium iaitu Galaxy S26 Ultra akan menggunakan saiz skrin sebesar 6.89-inci.

Perubahan ini mungkin disebabkan oleh jualan model Plus yang kurang memberangsangkan dan tidak mencapai sasaran yang diletakkan. Ketiadaan model Plus akan digantikan dengan model Edge yang memfokuskan kepada rekaan yang lebih nipis dan juga ringan.

Walau bagaimanapun, tiada kepastian mengenai laporan ini dan perkara tersebut hanya akan di ketahui pada hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN