Close

realme 15 Pro akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 7 Gen 4, bateri 7000mAh dan paparan 144Hz

realme telahpun mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu realme 15 dan realme 15 Pro pada 24 Julai ini. Seiring dengan ketibaannya, realme telah berkongsi beberapa maklumat awal mengenai peranti ini.

Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan peranti ini akan dilengkapi dengan spesifikasi yang menarik. Peranti ini dikuasakan dengan cip dari Qualcomm iaitu Snapdragon 7 Gen 4 dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 80W.

Bukan itu sahaja, peranti ini akan dilengkapi dengan skrin AMOLED yang menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 6500nits. Skrin peranti ini akan dilindungi dengan Coring Gorilla Glass untuk ketahanan lebih baik.

Walaupun dimuat dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 7000mAh namun peranti ini hanya 7.69mm sahaja. Peranti ini akan turut menyokong pelbagai ciri yang dikuasakan oleh AI seperti AI Edit Genie, AI Gaming Coach 2.0 dan juga AI Ultra Touch Control. Terdapat empat pilihan warna yang akan ditawarkan iaitu Flowing Silver, Silk Purple, Velvet Green dan Silk Pink.

ARTIKEL BERKAITAN