Close

ASUS memperlihatkan GPU ROG RTX 5090 Astral Real Gold Edition – Dibina dengan 5kg emas tulen

ASUS telah memperlihatkan kad grafik ROG RTX 5090 Astral Real Gold Edition di Bilibili World 2025 yang berlangsung di China. Seperti namanya, kad grafik ini dihasilkan dengan menggunakan emas tulen.

Kad grafik ini disaluti dengan 5kg emas tulen 24 karat dengan berat keseluruhnnya sekitar 7.2kg, tiga kali ganda lebih berat berbanding kad grafik biasa. Sebagai perbandingan, kad grafik ROG RTX 5090 versi biasa hanya seberat 2.5 hingga 3.0kg sahaja.

Hampir keseluruhan bahagian kad grafik ini disaluti dengan emas tulen kecuali bahagian kipas. Harga jualan rasmi untuk ROG RTX 5090 versi biasa adalah sekitar $1900 (RM8506). Namun, harga jualan untuk kad grafik ROG RTX 5090 Astral Real Gold Edition adalah sekitar $500,000 (RM2.35 juta), 250 kali ganda lebih mahal berbanding versi biasa.

Sebelum ini, ASUS pernah menawarkan kad grafik dengan lapisan emas iaitu ROG RTX 5090 Dhabab OC Edition. Kad grafik ini mempunyai lapisan emas seberat 6.5gram dan diijual pada harga sekitar $6800 (RM28,937).

Walau bagaimanapun, tiada maklumat adakah kad grafik ini akan dijual secara umum atau sebaliknya. Namun apa yang pasti, produk ini adalah simbol kepada inovasi dan kemewahan teknologi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN