Close

iPhone 17 Air mungkin hadir dengan binaan Titanium

Apple berkemungkinan akan menggunakan binaan Titanium pada iPhone 17 Air.

Menurut laporan, iPhone 17 Air akan menjadi satu-satunya model yang menggunakan binaan Titanium. Model lain iaitu iPhone 17, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max akan menggunakan binaan dari Aluminium.

Malangnya, laporan tersebut tidak mededahkan mengapa hanya iPhone 17 Air sahaja yang menggunakan binaan Titanium. Seperti yang kita tahu, iPhone 17 Air akan hadir dengan rekaan yang nipis dan juga ringan. Jadi, pemilihan Titanium adalah lebih baik berikutan ia lebih ringan dan juga lebih kukuh berbanding Aluminium.

Walau bagaimanapun, laporan lain menyatakan iPhone 17 Air mungkin akan menggunakan binaan hibrid iaitu gabungan Titanium dan Aluminium.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN