Peranti andalan vivo seterusnya iaitu X300 Pro dijangka hadir dengan spesifikasi yang menarik dan lebih baik berbanding model sebelumnya.
Vivo X300 Pro gold color, Dimensity 9500, battery is 7000mah,6,8 full flat 1,5k display,lyt 828 50mp 1/1.28 main sensor,50mp UW, 200mp 1/1.4 periscope ,new coating technology which makes the pictures more clear and detailed pic.twitter.com/T5hjP0QnAX
— Johnny Manuel (@xJohnnyManueLx) July 17, 2025
Menurut laporan, vivo X300 Pro dijangka akan dikuasakan dengan cip dari MediaTek iaitu Dimensity 9500. Cip ini akan dilengkapi dengan teras ARM X930 (“Travis”) dengan kelajuan 3.23GHz yang memfokuskan kepada kecekapan. Cip ini akan dipadankan dengan GPU baru iaitu “Immortalis-Drage”.
Terdapat peningkatan pada kapasiti bateri berbanding model sebelumnya. vivo X300 Pro akan dilengkapi dengan bateri lebih besar 7000mAh iaitu 1000mAh lebih besar berbanding X200 Pro. Malangnya, tiada maklumat mengenai teknologi pengecasan yang dikongsi.
Selain itu, vivo dan ZEISS dijangka akan menggunakan lapisan lensa “T*” baru yang akan meningkatkan perincian dan juga kejelasan imej. Dari segi rekaan, tiada perubahan ketara X300 Pro akan menggunakan rekaan sama seperti X200 Pro namun dengan skrin jenis rata bukan melengkung.
Buat masa ini, vivo belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketibaan peranti ini. Namun begitu, jika melihat kepada pelancaran model sebelumnya ia mungkin akan tiba sekitar Oktober 2025.