Apple berkemungkinan akan membawa penambahbaikan menarik pada iPad Pro 2025 yang akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.
Menurut maklumat, Apple mungkin akan menggunakan dua kamera hadapan pada iPad Pro 2025. Penambahbaikkan ini membolehkan pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan kamera dalam mod potret atau landskap.

Sebelum ini, kedudukan kamera hadapan pada iPad Pro M4 telah diubah dari mod potret (bahagian atas) kepada mod landskap (bahagian sisi). Perubahan tersebut mendapat pelbagai reaksi dari pengguna antaranya kurang selesa dan kekok.
Perubahan ini dijangka akan dapat meningkatkan fleksibiliti kamera hadapan lebih-lebih lagi bagi pengguna yang kerap berkomunikasi secara video.
Selain itu, iPad Pro 2025 dijangka hadir dengan cip Apple M5 menjadikan ia peranti Apple yang dikuasakan dengan cip generasi baru tersebut. Tiada perubahan besar dari segi rekaan yang akan dilakukan oleh Apple pada iPad Pro 2025.