Close

Google Pixel 10 mungkin tiba dengan 4 pilihan warna

Google telahpun menjadualkan acara pelancaran siri Pixel 10 pada 20 Ogos ini. Seiring dengan dengan ketibaanya, terdapat laporan mendedahkan pilihan warna yang akan ditawarkan untuk Pixel 10.

Berdasarkan laporan tersebut, Pixel 10 dijangka hadir dengan empat pilihan warna iaitu Obsidian, Indigo, Frost dan Limoncello. Pixel 10 tampil dengan tiga pilihan warna baru dan tiada lagi pilihan warna Porcelain yang sebelum ini tersedia pada semua model siri Pixel 9.

Gogole bakal membawakan peningkatan pada bahagian kamera untuk Pixel 10. Akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang berbanding dwi-kamera belakang pada model sebelumnya. Kamera ketiga yang akan dimuatkan adalah Telefoto.

Menurut maklumat, sensor yang akan digunakan pada Pixel 10 adalah 48MP utama + 12MP Ultra Lebar + 10.8MP Telefoto. Selain itu, peranti ini akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Google iaitu Tensor G5.

Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti baru hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN