OpenAI mendedahkan bahawa ChatGPT menerima lebih dari 2.5 bilion prompt atau permintaan dalam sehari. Menariknya, daripada jumlah tersebut 330 juta permintaan harian datang dari pengguna di Amerika Syarikat sahaja.
Perkara tersebut dikongsi oleh Rob Friedlander merupakan jurucakap kepada OpenAI. Walaupun jumlah tersebut masih jauh untuk menyaingi Google dengan 5 trilion carian tahunan namun ia memberikan gambaran OpenAI bakal menjadi pencabar atau pesaing mereka.
Ketika ini, ChatGPT mencatat peningkatan yang memberangsangkan dengan mempunyai lebih dari 500 juta pengguna mingguan berbanding 300 juta pada Disember tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, OpenAI telah memperkenalkan ChatGPT Agent alat baru yang mampu melaksanakan tugasan komputer secara automatik. Selain itu, OpenAI dijangka akan memperkenalkan pelayar web berkuasa AI untuk menjadi pesaing kepada Google Chrome.