Kerajaan mengumumkan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM100 kepada warganegara dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas.
Bantuan tunai ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangasaan pada 31 Ogos dan diletakkan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini akan disalurkan melalui MyKad bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Bantuan tersebut boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas di 4100 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara. Selain itu, bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya mengikut kepada isi rumah.
Inisiatif ini dijangka akan dapat memanfaatkan seramai 22 juta rakyat dan melibatkan peruntukan keseluruhan RM2 bilion.