Close

OnePlus 15 mungkin diperkenalkan pada Oktober ini

OnePlus 15 berkemungkinan akan diperkenalkan sekitar Oktober tahun ini. Peranti ini dijangka akan tiba bersama dengan satu lagi model iaitu OnePlus Ace 6.

Menurut laporan, OnePlus merancang untuk memperkenalkan OnePlus 15 dengan Ace 6 secara serentak. Sebegai perbandingan, sebelum ini OnePlus 13 diperkenalkan pada Oktober manakala OnePLus Ace 5 pula tiba sekitar Disember.

Perubahan untuk memperkenalkan kedua-dua model secara serentak adalah untuk memaksimumkan jualan dan impak pasaran menjelang akhir tahun. Laporan turut menyatakan, OnePlus mungkin akan turut memperkenalkan model Ace 6 Pro pada acara yang sama.

OnePlus 15 dijangka akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite 2 dan akan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar. Manakala untuk OnePlus Ace 6, ia bakal menjadi peranti pertama yang akan dikuasakan dengan cip Snapdrago 8s Gen 5. Cip ini dikatakan menawarkan prestasi setanding Snapdragon 8 Elite namun dengan penggunaan kuasa dan kos yang lebih rendah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN