Close

iQOO Z10R diperkenalkan – Guna cip Dimensity 7400, kamera 50MP dan bateri 5700mAh

iQOO secara rasmi memperkenalkan satu lagi peranti baru di bawah siri Z iaitu Z10R. Berbeza dengan model yang lain, iQOO Z10R lebih memfokuskan kepada pencipta kandungan digital dengan kemampuan rakaman video swafoto sehingga 4K.

iQOO Z10R hadir dengan skrin kuad-lengkung AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+ yang menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan 2MP Kedalaman. Ciri menarik pada peranti ini adalah kamera hadapan hadir dengan sensor 32MP yang menyokong rakaman video sehingga 4K 30fps dengan sudut pandang 72° (FOV), sesuai untuk vlog, video pendek dan penstriman langsung.

Dimuatkan dengan bateri 5700mAh yang menyokong pengecasan 44W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68/IP69, MIL-STD-810H, pembesar suara jenis stereo dan pengimbas cap jari dalam skrin.

Di India, iQOO Z10R ditawarkan dengan harga jualan bermula sekitar INR19,499 (RM1099) dan mencecah sehingga INR23,499 (RM1330). Tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Aquamarine dan Moonstone.

ARTIKEL BERKAITAN