Close

AppleCare One diumumkan – Pelan perlindungan baru untuk peranti Apple

Apple mengumumkan pelan perlindungan baru yang dipanggil sebagai AppleCare One. Pelan ini direka khas untuk pengguna yang mempunyai pelbagai peranti Apple.

AppleCare One membolehkan pengguna melindungi hingga tiga peranti dalam satu pelan tunggal dengan harga sekitar $19.99 (RM84) sebulan. Pengguna turut boleh menambah peranti dengan bayaran sekitar $5.99 (RM25) setiap satu yang merangkumi peranti seperti iPhone, iPad atau Apple Watch.

Pelan ini didatangkan dengan semua kelebihan AppleCare+ termasuk baik pulih tanpa had, sokongan pelanggan 24/7, perkhidmatan pantas, perlindungan bateri dan kecurian atau kehilangan termasuk iPad dan Apple Watch.

Menariknya, pengguna boleh menambah atau membuang peranti daripada pelan AppleCare One pada bila-bila masa. Jika anda menukar peranti, Apple secara automatik akan menggantikan peranti lama dengan peranti baru dalam pelan tersebut.

Dengan adanya AppleCare One, pengguna kini dapat melindungi pelbagai peranti Apple dalam satu pelan dengan lebih mudah dan fleksibel. Buat masa ini, AppleCare One hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Tidak dapat dipastikan adakah pelan ini akan diperluaskan kepada lebih banyak negara atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN