Close

Samsung jadi pembekal cip untuk Tesla sehingga tahun 2033

Syarikat kenderaan elektrik (EV) popular dari Amerika Syarikat iaitu Tesla telah menandatangani perjanjian jangka panjang bernilai $16.5 bilion (RM69.64 bilion) dengan Samsung.

Melalui perjanjian ini, Samsung akan menjadi pembekal cip eksklusif untuk Tesla sehingga tahun 2033. Samsung akan menghasilkan cip Tesla A16 melalui kilang fabrikasi mereka yang terletak di Taylor, Texas. Kilang tersebut telah dibangunkan bermula pada tahun 2021.

Sebelum ini, cip Tesla A14 yang digunakan oleh Tesla turut dibangunkan atau dihasilkan oleh Samsung. Berikutan itu, cip Tesla A16 dilihat sebagai kesinambungan dalam pembangunan cip automotif untuk Tesla. Manakala untuk cip Tesla A15, ia dibangunkan dan dihasilkan oleh TSMC.

Perjanjian ini dijangka akan mengukuhkan lagi hubungan antara Tesla dan Samsung. Selain itu, ia menandakan langkah penting dalam penghasilan cip automotif berprestasi tinggi untuk EV pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN