Close

realme GT 8 and GT 8 Pro mungkin tiba secara serentak pada Oktober ini

realme dijangka akan memperkenalkan dua peranti baru secara serentak pada Oktober ini di China. Dua peranti yang akan diperkenalkan adalah realme GT 8 dan GT8 Pro.

realme akan mengubah strategi pelancaran mereka dengan memperkenalkan realme GT8 dan GT8 Pro secara serentak pada Oktober ini. Sebelum ini, realme cenderung untuk memperkenalkan model Pro lebih awal iaitu sekitar November dan model biasa sekitar April.

realme GT 8 dan GT 8 Pro dijangka hadir dengan spesifikasi peranti kelas andalan tetapi dengan beberapa perbezaan. realme GT 8 Pro berkemungkinan akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite 2, kamera periskop 200MP dan juga bateri 7000mAh.

Malangnya tiada maklumat yang dikongsi untuk realme GT 8. Namun begitu, peranti ini dikatakan mungkin hadir dengan cip MediaTek Dimenstiy 9000. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN