Close

Cip Exynos 2600 mungkin hadir dengan GPU yang lebih berkuasa

Cip Exynos seterusnya iaitu 2600 dilaporkan hadir dengan peningkatan GPU yang lebih berkuasa berbanding cip Snapdragon 8 Elite.

Menurut laporan, prestasi GPU pada cip Exynos 2600 dikatakan lebih berkuasa berbanding GPU yang digunakan pada cip Snapdragon 8 Elite. Skor penanda aras GPU untuk cip Exynos 2600 telah tertiris, memperlihatkan GPU tersebut mendapat skor 3135 dari ujian 3DMark Steel Nomad Light.

Jumlah skor tersebut adalah 15% lebih tinggi berbanding GPU cip Snapdragon 8 Elite. Sekaligus, memberikan gambaran GPU Xclipse pada cip Exynos 2600 adalah lebih berkuasa. Cip ini dijangka akan diperkenalkan bersama dengan siri Galaxy S26 yang akan tiba pada awal tahun 2026.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lain mengenai cip ini yang dikongsi. Sekiranya laporan ini tepat, ia menunjukkan Samsung kini berada dilandasan yang baik dalam pembangunan cip mereka.

ARTIKEL BERKAITAN