Close

WhatsApp akan membolehkan gambar profil diimport dari Facebook dan Instagram

WhatsApp bakal memperkenalkan satu lagi fungsi baru yang membolehkan pengguna menggunakan gambar profil dari akaun Facebook atau Instagram secara terus daripada akaun yang telah dipautkan.

Ciri ini telahpun diuji melalui WhatsApp beta untuk Android dengan nombor binaan v2.25.21.23. Melaluinya, terdapat dua pilihan baru dalam menu profil yang membolehkan pengguna memilih gambar profil dari Facebook atau Instagram.

Walau bagaimanapun, ciri ini adalah pilihan dan tidak diaktifkan secara automatik. Meta menyatakan ciri ini tidak akan menjejaskan perlindungan privasi pada akaun yang telah dipautkan. Dengan ciri ini, pengguna boleh menyelaraskan gambar profil dalam semua aplikasi milik Meta.

Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia untuk pengguna beta untuk Android sahaja. Tidak dapat dipastikan bilakah ciri ini akan tersedia kepada semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN