Pengeluar kenderaan elektrik (EV) popular dari China iaitu BYD, mengumumkan Samsung Galaxy Watch kini boleh digunakan sebagai kunci digital untuk kereta BYD.

Melalui ciri ini, pemilik kereta BYD yang menggunakan Samsung Galaxy Watch boleh menggunakan peranti tersebut sebagai kunci digital. Pemilik hanya perlu menyentuh peranti pada tempat tertentu dan pintu kereta akan terbuka. Kunci digital ini menggunakan teknologi berasaskan NFC.

Walau bagaimanapun, ciri ini hanya tersedia untuk beberapa model Galaxy Watch sahaja iaitu Galaxy Watch7, Galaxy Watch8, Galaxy Watch8 Classic dan juga Galaxy Watch Ultra. Selain itu, pengguna perlu memasang dua aplikasi penting iaitu Samsung Smart Card App dan juga BYD Auto App.
BYD merupakan pengeluar pertama di China yang menyokong ciri tersebut secara rasmi untuk Galaxy Watch. Selain BYD, Apple turut menyokong ciri yang sama dengan nama Apple CarKey tersedia untuk pelbagai pengeluar seperti Kia, Hyunda dan BMW.