vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan model baru di bawah siri V iaitu V60. Model ini memfokuskan kepada pengalaman fotografi yang lebih baik melalui kamera Zeiss serta tampil dengan spesifikasi yang menarik.

V60 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi 2392 x 1080 yang turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.


Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan 50MP swafoto. Kemampuan kamera ini dibantu dengan teknologi kamera dari Zeiss. Antara ciri menarik yang ditawarkan adalah seperti ciri AI Hyper Zoom, AI Aura Light Portrait 2.0, AI Magic Move, Stage Portrait dan Portrait Studio.


Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W dan fungsi Bypass Charging. Peranti ini menjalankan sistem operasi FuntouchOS 15 berasaskan Android 15 yang menyokong pelbagai ciri menarik seperti AI Eraser 3.0, AI Captions, AI Smart Call dan Google Gemini.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti penarafan IP68/IP69, pengimbas cap jari, NFC, menjalankan FunTouchOS 15 berasaskan Android 15 dan menyokong kemas kini sehingga 6 tahun.


Di Malaysia, vivo V60 dijual pada harga bermula RM1999 untuk 12GB + 256GB dan RM2399 untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Mist Gray, Berry Purple dan Summber Blue. Bagi yang berminat, vivo V60 boleh dipra-tempah bermula 26 Ogos 2025 hingga 4 September 2025. Setiap, pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1336.