Close

Siri iPhone 17 akan tiba pada 9 September ini

Apple telah menjadualkan acara pelancaran pada 9 September 2025 (10 September 1 pagi waktu Malaysia). Pada acara ini, Apple dijangka akan memperkenalkan beberapa produk baru termasuk siri iPhone 17.

Perkara yang akan menjadi tumpuan semestinya siri iPhone 17, tampil dengan empat pilihan model iaitu iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Apple akan memperkenalkan model baru iaitu “Air” pengganti kepada model “Plus”.

Selain siri iPhone 17, Apple dijangka akan turut mengumumkan beberapa lagi produk lain seperti Apple Watch Ultra 3, Apple Watch SE 3, Apple Watch Series 11 dan berkemungkinan AirPods Pro 3.

Sistem operasi dan kemas kini perisian baru akan turut dilancarkan pada acara ini seperti iOS 26, macOS 26 dan lain-lain. Acara pelancaran ini boleh ditonton melalui laman web rasmi Apple dan juga Youtube rasmi Apple.

ARTIKEL BERKAITAN