Close

realme bakal perkenal fon dengan bateri 15,000mAh

realme melalui media sosial rasmi mereka mengesahkan ketibaan fon dengan kapasiti bateri 15,000mAh.

Fon dengan bateri 15,000mAh itu akan diperkenalkan pada acara 828 Fan Festival pada 27 Ogos ini. Ketibaan fon ini, akan menjadi sejarah baru fon dengan kapasiti terbesar yang pernah diperkenalkan. Sebagai perbandingan, kebanyakkan peranti andalan menawarkan kapasiti bateri sekitar 5000mAh atau 6000mAh.

Lebih menarik, fon ini akan turut dilengkapi dengan kipas penyejuk terbina yang dipanggil sebagai ‘realme chill fan phone’. Menurut realme, kipas penyejuk mampu mengurangkan suhu CPU dan GPU sehingga 6°C. Selain itu, kipas tersebut boleh dimatikan atau dihidupkan secara manual mengikut keperluan pengguna.

Kipas penyejuk terbina bukan sesuatu yang baru namun jarang digunakan pada fon biasa, lebih sinonim dimuatkan pada peranti yang memfokuskan kepada permainan seperti siri nubia Red Magic.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh realme. Seperti biasa, maklumat tersebut akan dikongsi pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN