Google Quick Share yang tersedia untuk Android mungkin akan turut disokong pada iPhone. Buat yang tidak mengetahui, Quick Share adalah ciri untuk menghantar fail yang mirip seperti Apple AirDrop.

Menurut laporan, Quick Share untuk iPhone dikatakan dalam fasa percubaan dan fungsi tersebut telahpun dikesan melalui Google Play Services versi beta. Sebelum ini, Quick Share hanya tersedia untuk ekosistem Android sahaja.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai cara kerja atau proses untuk ciri tersebut. Pengguna mungkin perlu memasang aplikasi Google tertentu atau melakukan log masuk akaun Google sekiranya mahu menghantar fail dari Android ke iPhone.
Ketibaan ciri ini dijangka akan menjadi game-changer untuk Android dan iPhone. Sebelum ini, pengguna Android perlu bergantung pada WhatsApp atau Telegram untuk menghantar fail kepada iPhone. Ciri ini telahpun berada dalam fasa percubaan dan berkemungkinan akan tiba dalam masa terdekat.