Google Pixel 10 yang baru tiba beberapa minggu lalu dilaporkan menghadapi masalah oleh beberapa pengguna.
Menurut maklumat, sebahagian pengguna Pixel 10 melaporkan terdapat masalah skrin pada peranti mereka. Skrin peranti tersebut dikatakan secara tiba-tiba memaparkan corak dengan warna pelik seperti TV lama rosak.

Pengguna menyatakan, kejadian tersebut terjadi semasa peranti baru mula untuk digunakan dan ia bukan berpunca dari masalah terjatuh. Walau bagaimanapun, peranti tersebut masih berfungsi seperti biasa dan kekal responsif, hanya skrin tidak berfungsi.
Buat masa ini, tiada sebarang pengesahan mengenai masalah ini adakah berpunca dari perkakasan atau masalah dari pepijat perisian. Kebanyakkan pengguna beranggapan masalah tersebut berpunca dari pepijat perisian dan bukannya masalah perkakasan berikutan terjadi secara rawak dengan skrin peranti kembali normal selepas beberapa ketika.
Buat masa ini, Google belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan masalah ini.