Close

POCO C85 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM439

POCO C85 tiba secara rasmi ke pasaran tempatan, merupakan sebuah peranti kelas permulaan hadir dengan spesifikasi asas dan ditawarkan dengan harga yang mampu milik.

POCO C85 hadir dengan skrin bersaiz 6.9-inci dengan resolusi 1600 x 720 yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 810 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G81-Ultra yang dipadankan dengan 6GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB eMMC 5.1.

Untuk fotografi, ia menggunakan kamera utama 50MP pada bahagian belakang dan 8MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

POCO C85 ini menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS 2 yang turut disertakan dengan intergrasi Google Gemini dan Circle To Search. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti bicu audio 3.5mm, penarafan IP64, NFC, Bluetooth 5.4 dan pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Di Malaysia, POCO C85 dijual pada harga bermula RM439 untuk 6GB + 128GB dan RM499 untuk 8GB + 256GB. Sempena ketibaannya, peranti ini boleh dibeli dengan harga promosi iaitu RM399 dan RM459, sehingga 16 September 2025 ini.

ARTIKEL BERKAITAN