Astro telah memperkenalkan pelan langganan baru yang dipanggil sebagai Pack Entertainment Astro One. Berbeza dengan pelan sebelum ini, didatangkan dengan Disney+ Hotstar dan HBO Max pada harga bermula RM69.99 sebulan.
Melalui pelan ini, pengguna boleh mengakses dua platform penstriman dengan satu pelan langganan sahaja. Ditawarkan dalam dua pilihan iaitu Duo Basic dan Duo Premium yang didatangkan dengan kontrak selama 12 bulan.

Untuk Duo Basic, ia ditawarkan dengan harga lebih rendah, sementara Duo Premium ditawarkan dengan ciri tambahan sokongan akses secara serentak pelbagai peranti. Untuk pelanggan sedia ada Astro One, pelan ini boleh ditambah dengan harga serendah RM20 sebulan yang boleh dilanggan melalui aplikasi My Astro atau laman web.
Semua kandungan tersebut boleh diakses melalui Astro Ultra, Ulti Box atau secara terus melalui laman web dan aplikasi mudah alih. Pelan ini ditawarkan pada tempoh terhad dari 2 Septmber hingga 18 November 2025. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh layari laman rasmi Astro.