Close

WhatsApp hadir dengan ciri ‘Writing Help’ – Bantu tulis mesej dalam pelbagai gaya

WhatsApp kini memperkenalkan satu lagi ciri baru yang dipanggil Writing Help‘. Seperti namanya, ciri ini membantu pengguna untuk menulis mesej dengan pelbagai gaya.

Writing Help adalah ciri yang berasaskan kepada kecerdasan buatan (AI), membantu pengguna untuk menyusun mesej dengan lebih baik. Menurut WhatsApp, ciri ini dibangunkan berasaskan teknologi Private Processing dan telah diuji serta disahkan oleh komuniti keselamatan siber.

Ciri ini tidak diaktifkan secara automatik bermaksud pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakannya atau sebaliknya. Untuk mengakses ciri ini, pengguna perlu menekan ikon pensel dengan bintang kecil kemudian menulis dalam kotak dialog WhatsApp.

Buat masa ini, Writing Help hanya tersedia dalam bahasa Inggeris untuk pengguna di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Ciri ini dijangka akan diperluaskan kepada lebih banyak negara dan lebih banyak bahasa menjelang akhir tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN