Close

realme bakal perkenal fon dengan bateri 10,000mAh seawal 2026

realme fon dengan bateri 10,000mAh dijangka akan tiba ke pasaran seawal tahun 2026. Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden dan Presiden Pemasaran Global Realme iaitu Chase Xu.

Chase Xu melalui platform Weibo mendedahkan yang realme akan memperkenalkan fon dengan bateri 10,000mAh seawal tahun 2026. Perkara itu didedahkan sewaktu menjawab pertanyaan pengguna mengenai jadual pelancarannya.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat mengenai nama rasmi dan spesifikasi yang dikongsi oleh realme buat masa ini. Model tersebut berkemungkinan akan menggunakan nama siri realme Neo atau mungkin diperkenalkan sebagai siri baru.

Peranti ini dijangka hadir dengan teknologi bateri yang sama digunakan pada fon konsep dengan bateri 15,000mAh yang diperlihatkan baru-baru ini. Menggunakan teknologi bateri anode silikon 100% dengan 4x lebih tinggi berbanding bateri konvensional Si-C. Membolehkan bateri lebih padat dihasilkan tanpa meningkatkan ketebalan peranti.

Selain realme, HONOR dijangka akan turut memperkenalkan fon dengan bateri 10,000mAh melalui model Power 2 akan tiba pada suku pertama 2026 di China. Jadi, peranti ini akan menjadi pencabar kepada realme fon 10,000mAh.

ARTIKEL BERKAITAN